Bersatu Johor terus fokus bela rakyat - Utusan Malaysia

Bersatu Johor terus fokus bela rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri  terus fokus dan komited untuk meneruskan agenda membela rakyat dan memulihkan ekonomi negara ketika ini.

Timbalan Pengerusi Bersatu Johor, Senator Md. Nasir Hashim berkata, semua ahli Parlimen Bersatu khususnya di negeri itu juga tetap berdiri teguh di belakang Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus memimpin.

“Bersatu Johor menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong yang menyeru agar semua ahli Parlimen memberikan keutamaan kepada usaha menjaga kesejahteraan rakyat serta agenda memerangi Covid-19 pada Sidang Khas Parlimen yang sedang berlangsung kini.

“Bersatu Johor juga  terus fokus dan komited untuk meneruskan agenda membela rakyat dan memulihkan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN