PETALING JAYA: Inisiatif baharu bagi menggalakkan lebih ramai rakyat di negara ini mendapatkan vaksin perlu diperkenalkan kerajaan dalam menangani penularan Covid-19.
Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) berkata, dengan mengambil contoh negara lain, Malaysia dilihat masih tidak mempunyai apa-apa inisiatif untuk menggalakan rakyat mendaftar mendapatkan vaksin.
Katanya, usaha tersebut boleh dilakukan dengan pembabitan syarikat korporat.
“Di negara lain kerajaan buat cabutan bertuah dan ada bagi rumah percuma kepada sesiapa yang daftar.
“Di Hong Kong, syarikat korporat memberi rumah kepada sesiapa yang ambil vaksin. Saya harap kerajaan buat sesuatu. Kita telah gagal dalam banyak perkara,” katanya dalam Sidang Khas Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN ONLINE