Beratur panjang, tunggu lama - Dr Fitri saran ke klinik amanah KKM - Utusan Malaysia

Beratur panjang, tunggu lama – Dr Fitri saran ke klinik amanah KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi nasyid, Dr Fitri Haris memaklumkan kepada orang ramai boleh mendapatkan penilaian Covid-19 di klinik sebagai pusat (CAC) yang diamanahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selaku sukarelawan media di Megaklinik Zahran, Fitri, 37, berkata, orang awam boleh ke CAC di Megaklinik Zahran tempat dia bertugas berbanding terpaksa ke CAC yang dihadiri kesesakan yang mungkin bergejala.

“Inisiatif bersama kerajaan dan swasta harus dipuji. Usaha kerajaan dan kesanggupan pihak klinik swasta seperti Megaklinik Zahran menggalas tanggungjawab dalam membendung penularan wabak adalah satu tindakan yang wajar untuk mewujudkan CAC.

“Kewujudan pusat-pusat itu sekali gus akan mengurangkan kadar kebolehjangkitan bagi yang mungkin bergejala ketika hadir untuk membuat penilaian Covid-19 kerana yang hadir boleh jadi sudah disahkan positif.

“Pendekatan ini juga turut dapat mengurangkan kesesakan dan memudahkan urusan di CAC. Jadi mereka amat digalakkan untuk ke lokasi yang sudah diamanahkan KKM,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Ditanya mengapa tidak menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), jelasnya kerana jabatan ini tidak ramai yang terlibat berbanding di pusat-pusat lain.

“Selain itu saya rasa bersesuaian dengan keadaan isteri baru bersalin dan saya ada anak kecil, tidak mahu terdedah dengan sebarang kemungkinan di PPV atau di PKRC.

“Sukarelawan dari rumah dengan menyalurkan maklumat kepada rakan media saja pun sudah memadai ketika ini,” jelasnya.

Selain khidmat CAC di klinik Fitri bertugas, tambahnya klinik tersebut turut menyediakan khidmat Mobiliti Test (MT), ujian calitan ke rumah.

“MT ini kaedah bagi mereka yang tidak dapat merentas atau ada dalam kalangan ahli anggota yang jauh daripada individu itu, mereka boleh hubungi dan datang ke rumah keluarga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya