Bendera putih: Pulau Pinang lulus RM1.04j bantu golongan terjejas PKP - Utusan Malaysia

Bendera putih: Pulau Pinang lulus RM1.04j bantu golongan terjejas PKP

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan peruntukan berjumlah RM1.04 juta bertujuan mengurangkan beban golongan memerlukan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini.

Ini bermakna setiap 40 DUN di negeri ini akan menerima tambahan peruntukan kira-kira RM26,000 menerusi inisiatif tersebut bagi disalurkan kepada golongan yang terkesan.

Ketua Menteri, Choe Kon Yeow berkata, kelulusan yang berkuat kuasa itu merupakan tambahan kepada bantuan sebelum ini menerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) khas untuk membantu penduduk setempat yang memerlukan bantuan sama ada dalam bentuk makanan dan sebagainya.

“Justeru, mereka yang memerlukan bantuan boleh menghubungi wakil-wakil rakyat masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) mengumumkan sebanyak RM300,000 diperuntukkan kepada semua Ahli Parlimen termasuk wakil rakyat pembangkang bagi melaksanakan Bantuan Bakul Makanan untuk rakyat terjejas akibat Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN