Bayi berkepala tiga dianggap 'jelmaan' tuhan, suci - Utusan Malaysia

Bayi berkepala tiga dianggap ‘jelmaan’ tuhan, suci

Keadaan bayi berkepala tiga yang dilahirkan di Uttar Pradesh. India. - Daily Star.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UTTAR PRADESH: Seorang wanita di Uttar Pradesh, India telah melahirkan anak dengan tiga kepala yang mengejutkan masyarakat tempatan hingga ada yang menganggapnya suci.

Berita kelahiran bayi pada 12 Julai lalu mendorong ramai yang datang ziarah untuk melihatnya dari dekat.

Ibu bayi itu yang hanya dikenali sebagai Ragini difahamkan tidak menghadapi sebarang masalah ketika proses kehamilan dan semuanya normal namun terkejut apabila melahirkan bayi berkepala tiga itu.

Memetik Daily Star. Video dan foto menunjukkan seorang perempuan sedang membetulkan cara bayi itu berbaring supaya dia selesa.

Dua lagi kepala terletak di bahagian belakang kepala yang normal malah mempunyai rambut.

Dua kepala itu kelihatan berat ketika perempuan itu meletakkannya ada selimut namun tidak ada tanda-tanda ia mendatang kesakitan kepada bayi itu.

Ibu dan bayi itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat  dan sudah pulang ke rumah.

Bagaimanapun keluarganya kurang gembira dengan kehadiran orang ramai yang berterusan  semata-mata mahu melihat bayi itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN