‘Apapun bincang elok-elok’ - Shaarnaz Ahmad saran Ebit Lew, Caprice dan Nadir Al-Nuri cari kesepakatan - Utusan Malaysia

‘Apapun bincang elok-elok’ – Shaarnaz Ahmad saran Ebit Lew, Caprice dan Nadir Al-Nuri cari kesepakatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Sharnaaz Ahmad menyarankan kepada pendakwah, ustaz Ebit Lew, penyanyi dan aktivis, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri mencari kesepakatan bagi menyelesaikan konflik yang memuncak antara ketiga-tiga pihak ketika ini.

Sharnaaz, 35, menerusi Instastorynya berkata, kesemua mereka perlu berbincang dan hindari pendedahan di media sosial.

“Apa pun bincang elok-elok. Tak perlu buat sesi pendedahan kat media sosial macam ini. Yang buruk orang kita juga. Malulah nama Malaysia. Siapa salah siapa betul tidak perlu jadi tontonan sekalian alam,” tulisnya.

Katanya, semua pihak perlu memaafkan antara satu dengan lain dan bersatu dalam menyelesaikan kemelut yang semakin hangat diperkatakan ini.

“Duduk bersama, berbincang, saling memaafkan dan bersatu. Tetapkan pendirian. Bantu Islam, bukan memusnahkan. Aku tak bijak bab agama, tetapi Islam menyatukan bukan dalca.

“Sebab mereka inilah Islam disayangi. Jangan sebab mereka juga, Islam dibenci oleh mata luar,” tulisnya tegas.

Sebelum ini, timbul konflik antara Caprice atau nama sebenar, Ariz Ramli dan Ebit Lew sehingga tular dalam media sosial dan meraih pelbagai maklum balas daripada masyarakat khususnya netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya