Apa sebenarnya tujuan PKP dan darurat, soal Anwar - Utusan Malaysia

Apa sebenarnya tujuan PKP dan darurat, soal Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tujuan utama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan proklamasi darurat terus dipertikaikan selepas kes penularan pandemik Covid-19 semakin meningkat dan sektor kesihatan hampir lumpuh.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan sama ada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sedia mengambil langkah proaktif supaya krisis kesihatan dalam negara dapat dipulihkan.

“Cukuplah raikan kegagalan ini. Rumah-rumah sakit makin sesak, rakyat makin tertekan dan seolah-olah seperti tiada jalan keluar.”

“PKP dan pengisytiharaan darurat ini untuk apa sebenarnya?” soal Anwar menerusi laman Twitternya.

Anwar berkata demikian dengan mengulang ciapan daripada laman akaun Twitter rasmi Kementerian Kesihatan (KKM) yang mengumumkan jumlah kes Covid-19 hari ini.

Kes penularan wabak Covid-19 hari ini kembali mengejutkan apabila jumlah kes yang direkodkan adalah sebanyak 9,180 kes.

Walaupun selepas pengisytiharan darurat bagi menangani ancaman Covid-19 yang berkuat kuasa 11 Januari lalu hingga 1 Ogos dan perdana menteri juga mengumumkan total lockdown pada awal Jun lalu, namun jumlah kes Covid-19 tidak menunjukkan sebarang trend penurunan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN