Annuar arah kawat duri dibuka serta merta - Utusan Malaysia

Annuar arah kawat duri dibuka serta merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kawat berduri yang dipasang merentasi tangga adalah tidak dibenarkan di tangga Blok C, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas telah diarahkan dibuka serta ,erta.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu melanggar peraturan bangunan dan arahan untuk membuka kembali kawat berduri sudah dikeluarkan.

“Pemasangan yang merentasi tangga flat (rumah pangsa) tidak dibenarkan dan melanggari peraturan bangunan.

“Kawat berduri tidak dibenarkan dipasang pada tangga rumah pangsa kawasan PKPD. Arahan buka serta-merta sudah dikeluarkan,” katanya di Twitter

Sebelum ini melaporkan tangga Blok C, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas telah diletakkan kawat duri bagi mengelakkan penduduknya keluar masuk dari blok berkenaan berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pemasangan kawat berduri itu dipersetujui dalam mesyuarat penyelarasan PKPD yang turut dihadiri wakil bomba dan penyelamat.

Gambar pemasangan kawat berduri di tangga flat itu juga tular di media sosial yang mana netizen mendakwa ia membahayakan penduduk sekiranya berlaku kecemasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN