Amel Amilia buktikan bakat dengan Serupa - Utusan Malaysia

Amel Amilia buktikan bakat dengan Serupa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pernah tular kerana memiliki wajah mirip Nike Ardilla, penyanyi, Amel Amilia membuktikan bakat nyanyian dengan single pertama berjudul Serupa ciptaan pemuzik tersohor, Dommy Allen.

Memetik laporan Liputan6.com, penyanyi berusia 18 tahun ini mengakui teruja setelah menonton klip video lagu tersebut yang ditayang secara rasmi di Youtube pada 29 Julai lalu.

“Amat teruja, kerana sejak awal lagi saya tidak yakin boleh menyanyi dan mempersembahkan sebuah lagu untuk pencinta muzik terutama peminat almarhum Nike Ardilla.

“Saya amat terharu dengan hasilnya. Saya sudah berusaha sebaik mungkin,” katanya.

Kemunculan single pertama ini memberi tamparan hebat buat pengkritik yang sebelum ini meragui bakat nyanyian seorang Amel Amilia.

Dia bukan sahaja membuktikan pengkritiknya salah bahkan membuatkan mereka terdiam dengan kemampuannya merakamkan lagu berkenaan dalam tempoh cukup singkat iaitu sekitar satu minggu.

“Selagi usia saya masih muda dan memiliki kesempatan saya akan meneroka kemampuan yang saya ada. Kesempatan itu tidak datang dua kali, jadi saya harus ambil kesempatan itu,” ujar Amel.

Bercakap soal kesamaan dengan Nike Ardilla, Amel mengakui dia tidak menyedari bahawa wajahnya mirip penyanyi lagenda itu.

Tambahan pula, penyanyi manis ini lahir setelah Nike meninggal dunia akibat kecelakaan jalan raya sekitar tahun 1995.

“Saya mengikuti tentang almarhum Nike Ardilla semenjak Sekolah Menengah Pertama (SMP).

“Saya sering melihat videonya di youtube. Mama saya juga merupakan peminat tegarnya,” ungkap remaja ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya