'Alhamdulillah syukur diterima jejak kaki ke Tanah Suci' - Utusan Malaysia

‘Alhamdulillah syukur diterima jejak kaki ke Tanah Suci’

JEMAAH haji menggunakan payung kerana cuaca panas di kota Mekah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: JEDDAH: Jemaah haji yang dipilih khusus untuk menunaikan haji tahun ini menggambarkan kegembiraan mereka kerana diberi kesempatan melakukan ibadah itu di tengah penularan Covid-19 yang menyebabkan jutaan umat Islam ‘tersekat’ impian menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Arab News melaporkan, kerana krisis kesihatan global, Arab Saudi hanya mengizinkan sejumlah jemaah tertentu untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

Hanya 60,000 daripada 500,000 pemohon haji dipilih, ibadah yang sebelum ini menghimpunkan sekitar 2.5 juta umat Islam sebelum ini.

Mereka yang terpilih untuk menjalani ibadah haji tahun ini harus memenuhi beberapa syarat khusus yang termasuk telah melakukan vaksin sepenuhnya.

Um Azzam, 53, dan suaminya Abu, dari Riyadh, kedua-duanya diberi lampu hijau untuk menunaikan haji.

Katanya kepada Arab News: “Kami menerima pesanan teks pada malam 24 Jun lalu dan perasaan itu benar-benar gembira dan kebahagiaan yang tidak dapat digambarkan. Kami berharap dan berdoa untuk menunaikan haji dan doa kami dimakbulkan.

“Mengapa kita harus takut (menunaikan haji ketika wabak) ketika kita percaya kepada Allah dan diserahkan kepadanya? Selain itu, kami telah mengambil vaksin”.

Mariam Mohammed dan ibunya Um Mazin, seorang warganegara Amerika Syarikat (AS) yang tinggal di Arab Saudi, juga terpilih untuk menunaikan haji.

Mariam, 24, berkata, ini merupakan perjalanan pertamanya ke Mekah sebagai jemaah haji.

“Saya sangat teruja. Saya selalu ingin menunaikan haji tetapi, untuk beberapa sebab, ia tidak pernah berjaya. Tetapi ia berjaya kali ini. Alhamdulilah syukur.

“Saya tidak merasa takut atau gugup. Saya tidak akan membiarkan rasa takut saya dijangkiti (dengan Covid-19) menghalang saya daripada mengambil peluang ini,” tambahnya.

Dan ibunya mengatakan bahawa ancaman Covid-19 tidak pernah terlintas dalam fikirannya ketika mengemukakan permohonan Haji.

“Saya tidak mengatakan bahawa tidak mungkin dijangkiti, tetapi itu pasti bukan masalah saya kerana saya merasa selamat dengan jumlah orang yang pergi dan langkah berjaga-jaga yang harus kita ikuti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN