AIM lanjut moratorium semua Sahabat - Utusan Malaysia

AIM lanjut moratorium semua Sahabat

LAJIM UKIN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) melanjutkan lagi tempoh pembayaran balik pinjaman (moratorium) secara automatik kepada semua Sahabat AIM  bermula 1 Ogos 2021 hingga 31 Ogos.

Pengerusi Eksekutif AIM, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, keputusan itu membabitkan nilai sebanyak RM577.3 juta iaitu  RM192.4 juta sebulan.

“Dengan penangguhan ini, AIM telah memberi moratorium selama 12 minggu atau tiga bulan bermula dari tarikh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berkuat kuasa secara penuh iaitu pada 1 Jun 2021 lalu.

“Perkara ini memberi manfaat kepada seramai 378,507 Sahabat di seluruh negara. Sahabat AIM juga  boleh memohon untuk pengurangan baki pinjaman atau pembayaran awal pinjaman sekali gus ini bagi setiap pembayaran yang dibuat di sepanjang tempoh moratorium,” katanya dalam satu kenyataan.

AIM adalah organisasi yang ditubuhkan bagi mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pengeluaran pembiayaan ikhtiar kepada penduduk miskin di luar bandar untuk membiayai kegiatan-kegiatan kecil-kecilan yang menambahkan pendapatan.

Menurut Lajim, selain moratorium, semua Mesyuarat Pusat (MP) di seluruh negara juga ditangguh sehingga tarikh  sama.

AIM akan mengeluarkan pekeliling MP yang baharu untuk dilaksanakan dengan mengambil kira norma baharu bagi mengelakkan penyebaran Covid-19.

“AIM juga menutup operasi di semua cawangan seluruh Malaysia bagi tempoh yang sama. Ia turut membabitkan Pusat Latihan AIM di  Taiping, Perak, di  Sabah dan Sarawak. Bagi Pejabat Wilayah dan Ibu Pejabat  pula kekal beroperasi mengikut peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Kata beliau, bagi kutipan Tabung Kebajikan Kesejahteraan Sahabat (TKKS), bagi tempoh setengah tahun kedua 2021, ia akan dibuat apabila MP dibuka semula.

“Bagi Sahabat yang mencarum untuk  setengah tahun pertama 2021, akan  kekal dilindungi dan akan menerima manfaat seperti biasa jika berlaku kecelakaan atau bencana sepanjang tempoh moratorium berkuatkuasa,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya