"Adakah tuan Speaker dikawal kerajaan?" - Utusan Malaysia

“Adakah tuan Speaker dikawal kerajaan?”

RAMKARPAL SINGH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa ahli-ahli Parlimen pembangkang bangkit terhadap peranan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun kerana tidak membenarkan usul perbahasan Proklamasi Darurat dan ordinan dibawa ke dalam Dewan Rakyat.

Tindakan itu menyebabkan sidang khas Parlimen bertukar kecoh apabila Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) menyoal Speaker Azhar Azizan Harun bangun dan mempersoalkan peranan Yang Dipertua Dewan sama ada beliau dikawal kerajaan, kerana tidak membawa proklamasi darurat dan ordinan berkaitan ke dalam dewan.

Ramkarpal berkata, Azhar tentu faham betapa pentingnya proklamasi darurat dan ordinan berkaitan dibawa ke Dewan Rakyat, selaras Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata Azhar tentu faham peraturan Dewan Rakyat tidak boleh mengatasi Perlembagaan.

“Tuan Speaker telahpun tidak membawa ordinan dan proklamasi tersebut ke Dewan ini. Kenapa? Adakah anda dikawal kerajaan?” katanya.

Kata-kata Ramkarpal itu menyebabkan blok kerajaan memintanya menarik perkataan itu dengan segera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya