77 lagi kematian Covid-19 - Utusan Malaysia

77 lagi kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 melebihi 6,000 iaitu 6,387 kes berbanding semalam, 6,045 kes sekali gus mengatasi kes sembuh yang menunjukkan penurunan iaitu 4,532 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 77 kes kematian dicatatkan dengan 923 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 433 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 69,447 kes aktif.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 2,610 kes diikuti Kuala Lumpur (819), Negeri Sembilan (523), Sarawak (424), Johor (324), Pahang (312)
Kedah (273), Sabah (263), Perak (249) da Melaka (206).

“Baki negeri merekodkan kes di bawah 200 iaitu Pulau Pinang (157), Kelantan (114), Labuan (71), Terengganu (17), Putrajaya (25) manakala Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN