3,435 kes RM220.4 juta ditumpaskan PPM  - Utusan Malaysia

3,435 kes RM220.4 juta ditumpaskan PPM 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Polis Marin (PPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan sebanyak 3,435 aktiviti pelanggaran undang-undang di perairan negara dengan nilai rampasan berjumlah RM220.4 juta sejak awal Januari hingga Jun tahun ini.

Jumlah itu sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak RM164,682,477 atau 295 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Komander PPM Bukit Aman, Deputi Komisioner Mohd. Yusoff Mamat berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 38,694 kapal tempatan dan asing diperiksa berbanding 26,908 pada tahun lalu manakala orang yang diperiksa seramai 157,467 orang.

Katanya, keberhasilan kejayaan iTU memperlihat aktiviti pelanggaran undang-undang membabitkan penyeludupan kontraban, penyusupan pendatang asing tanpa izin, penyeludupan dadah dan pencerobohan nelayan asing.

“Kes di bawah Akta Perikanan 1985 mencatatkan sebanyak 1,460 kes berbanding 625 kes sementara membabitkan Akta Imigresen 1959/63 ialah sebanyak 57 kes tahun ini.

“Bagi kesalahan di bawa Akta Kastam 1985 mencatatkan sebanyak 133 kes manakala selebihnya melibatkan kes seperti Akta Kawalan Bekalan 1961(115), Akta Perkapalan Saudagar (581) dan Akta kawalan Padi (117),” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Bukit Aman, hari ini. 

Menurut Mohd. Yusoff, nilai rampasan di bawah Akta Kastam 1967 adalah sebanyak RM156.3 juta, Akta Dadah 1952 (RM18.8 juta) dan Akta Kawalan Bekalan 1961 (RM13.35). 

Ujarnya, kegiatan tersebut bukan sahaja merugikan dan memberi impak besar dari segi ekonomi malah memberi kesan terhadap keselamatan serta ketenteraman negara.

“PPM tidak akan berkompromi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab bagi memastikan aktiviti yang menyalahi undang-undang dapat dibanteras.

“Masyarakat setempat juga diharapkan dapat memberi kerjasama dan maklumat bagi membantu pihak berkuasa dalam melaksanakan tanggungjawab ini,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN