32.8 peratus rakyat sudah terima vaksin - Utusan Malaysia

32.8 peratus rakyat sudah terima vaksin

SEORANG petugas Kementerian Kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada penerima, baru-baru ini. - GAMBAR HIASAN/ UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hampir 13 juta penduduk negara ini atau 38.2 peratus keseluruhan populasi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, daripada jumlah itu 5.9 juta atau 18.1 peratus mendapat dos lengkap vaksin.

Katanya, ini bermakna sebanyak 18.4 juta dos vaksin yang sudah diberi kepada rakyat negara ini.

“Sebanyak 53.3 peratus orang dewasa daripada keseluruhan populasi rakyat negara ini sudah menerima menerima satu dos vaksin,” katanya dalam sesi penerangan PICK di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN