28 dari 153 kematian tertinggi melibatkan warga asing - Utusan Malaysia

28 dari 153 kematian tertinggi melibatkan warga asing

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sebanyak 153 kematian Covid-19 termasuk 28 warga asing sekali gus menjadi angka tertinggi sejak pandemik melanda negara dengan Selangor menjadi penyumbang terbesar iaitu 82 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain Selangor, Kuala Lumpur mencatatkan 17 kes diikuti 14 kes di Negeri Sembilan, 10 kes di Johor, lapan kes di Kedah, enam kes di Pahang, lima kes di Melaka, masing-masing dua kes di Sabah, Pulau Pinang, dan Putrajaya serta masing -masing satu kes di Terengganu, Sarawak, Kelantan, Perak dan Labuan.

“Seramai 83 lelaki dan 70 wanita dengan 24 kes meninggal dunia di rumah serta 117 pesakit mempunyai pelbagai latar belakang penyakit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia merekod penurunan kes positif Covid-19 iaitu 10,710 kes berbanding semalam, 12,528 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 5,778 kes.

Katanya, 909 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 445 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 124,593 kes aktif.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 4,828 kes diikuti Kuala Lumpur (945), Johor (808), Negeri Sembilan (771), Kedah (696), Sabah (666), Perak (407), Pahang (369), Pulau Pinang (295), Melaka (289) dan Sarawak (261).

“Hanya dua negeri mencatatkan kes di bawah 200 iaitu Kelantan (146) dan Terengganu (123). Dua wilayah pula merekodkan kes dua angka, Putrajaya (51) dan Labuan (50) manakala Perlis, hanya lima kes,” katanya.

Mengulas mengenai 17 kluster baharu, beliau berkata, tempat kerja mencatatkan 10 kluster diikuti lima kluster komuniti manakala pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi, masing-masing satu kluster.

Kluster tempat kerja katanya, tiga di Selangor, Industri Desa Aman di Gombak dan Petaling (46), Industri Jalan Klinik di Klang (67), Persiaran Pekeliling Bangi di Hulu Langat (17) dan dua di Sabah, Agathis di Kalabakan (33), Sri Sandau di Kinabatangan (11); Jalan Segambut Duta di Kepong, Kuala Lumpur (39).

“Bakinya, Industri Jalan Usaha 12 di Melaka Tengah, Melaka (22); Dah Padang Temusu di Kuala Muda dan Pendang, Kedah (36), Batu Enam Pandan di Johor Bahru, Johor (12); Lorong MIEL Lundang di Kota Bharu, Machang dan Tumpat, Kelantan (6).

“Kluster komuniti pula, tiga di Johor, Jalan Bacang 30 di Johor Bahru (15), Jalan Tasek
Seri Alam di Johor Bahru (17), Jalan Denai Utama di Johor Bahru (14) dan Dah Kampung Kerchut di Kubang Pasu, Kedah (25); Pos Iskandar di Bera, Pahang (36),” katanya.

Tambahnya, kluster pusat tahanan, Tembok Tawau Dua di Tawau, Sabah (159) manakala Batu Tiga Utara di Sandakan, Sabah (20).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya