199 kematian tertinggi Covid-19 didominasi Selangor, 84 kes - Utusan Malaysia

199 kematian tertinggi Covid-19 didominasi Selangor, 84 kes

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan 199 kematian Covid-19 yang paling tinggi sejak pandemik melanda negara ini dengan Selangor menjadi negeri penyumbang terbanyak iaitu 84 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain Selangor, sebanyak 57 kes di Kuala Lumpur, 16 kes di Melaka, 12 kes di Kedah, tujuh kes di Negeri

Sembilan, masing-masing enam kes di Johor dan Pahang, tiga kes di Terengganu, dua kes di Pulau Pinang, Perak dan Kelantan serta masing-masing satu kes di Sabah dan Sarawak.

“Kematian melibatkan 103 lelaki dan 96 wanita dengan 26 warga asing, 33 kes meninggal dunia di rumah dan 157 kes mempunyai latar belakang penyakit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia terus merekod kes positif Covid-19 sebanyak 11,985 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 7,902 kes dengan 927 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 459 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 137,587 kes aktif.

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 5,550 kes diikuti Kuala Lumpur (1,174), Kedah (800), Negeri Sembilan (745), Johor (644), Pahang (603), Sabah (474), Melaka (453), Kelantan (386), Pulau Pinang (362), Perak (274) dan Sarawak (261).

“Hanya satu negeri merekodkan kes di bawah 200 iaitu Terengganu (171). Dua wilayah hanya dua angka iaitu Putrajaya (51) dan Labuan (35) manakala Perlis hanya dua kes,” katanya.

Mengulas mengenai 30 kluster baharu, beliau berkata, tempat kerja mencatatkan 17 kluster diikuti lapan kluster komuniti, dua kluster kumpulan berisiko tinggi, dua kluster keagamaan dan satu kluster pendidikan swasta.  – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN