PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes positif Covid-19 sebanyak 11,985 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 7,902 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 199 kematian dicatatkan dengan 927 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 459 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 137,587 kes aktif.
Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 5,550 kes diikuti Kuala Lumpur (1,174), Kedah (800), Negeri Sembilan (745), Johor (644), Pahang (603), Sabah (474), Melaka (453), Kelantan (386), Pulau Pinang (362), Perak (274) dan Sarawak (261).
“Hanya satu negeri merekodkan kes di bawah 200 iaitu Terengganu (171).
“Dua wilayah hanya dua angka iaitu Putrajaya (51) dan Labuan (35) manakala Perlis hanya dua kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.










