PUTRAJAYA: Malaysia terus merekod peningkatan kes positif Covid-19 sebanyak 15,902 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 9,471 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 184 kematian dicatatkan dengan 950 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 468 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 153,633 kes aktif.
“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 7,351 kes diikuti Kuala Lumpur (2,406), Kedah (867), Johor (804), Sabah (712), Melaka (631), Negeri Sembilan (625), Pulau Pinang (505), Kelantan (502), Perak (469), Pahang (406) Terengganu (267), Sarawak (261).
“Hanya dua Wilayah dan satu negeri yang merekodkan kes di bawah 100 iaitu Putrajaya (59), Labuan (30) manakala Perlis, tujuh kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.










