132,935 ujian saringan Covid-19 dilaksanakan sehari 

132,935 ujian saringan Covid-19 dilaksanakan sehari 

Jumlah ujian saringan Covid-19 merekodkan trend meningkat dalam tempoh 14 hari kebelakangan ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah ujian saringan Covid-19 merekodkan trend meningkat dalam tempoh 14 hari kebelakangan ini.

Kementerian Kesihatan memaklumkan, ujian sampel Covid-19 bagi kedua-dua jenis ujian (RT-PCR dan RTK-Ag) merekodkan keseluruhan 132,935 ujian sehari semalam.

Katanya, jumlah itu meliputi 65,171 bagi ujian RT-PCR dan 67,764 untuk RTK-Ag telah dijalankan.

“Negeri Selangor menjalankan jumlah ujian tertinggi iaitu 46,681 ujian, Kuala Lumpur 16,500 ujian dan Johor pula 10,611 ujian.

“Masih terdapat kapasiti untuk menjalankan lebih banyak ujian dan ia masih boleh ditambahkan lagi misalnya di makmal-makmal swasta,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Menurut KKM, kapasiti ujian itu akan diguna pakai sebaiknya bagi menjalankan ujian Covid-19 terutama bagi saringan bertumpu (targeted testing).

Jelasnya, kapasiti maksima di 94 makmal termasuk di fasiliti swasta bagi ujian RT-PCR mampu mencecah 120,803 ujian dan jumlah harian yang digunakan semalam hanya 53.95 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN