1,230 bakul makanan diagih ke empat Felda terjejas PKPD

1,230 bakul makanan diagih ke empat Felda terjejas PKPD

MOHD. Helmi Fakhzan Abd. Wahab (kanan) mengambil bungkusan bakul makanan untuk diagihkan kepada setiap peneroka dan pekerja di Felda Neram 2, Kemaman, Terengganu, hari ini. - FOTO/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Sebanyak 1,230 bakul makanan diagihkan ke empat Felda di negeri ini yang terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), sejak Februari lalu. 

Pengurus Felda Wilayah Terengganu, Mohd. Helmi Fakhzan Abd. Wahab berkata, kawasan berkenaan ialah Felda Tersat di Hulu Terengganu, Felda Tenang dan Selasih masing-masing di Besut di samping, terbaharu Felda Neram 2 di Kemaman. 

Katanya, inisiatif itu bagi meringankan beban keluarga peneroka dan pekerja yang terkesan dengan perintah tersebut.

“Hari ini pengagihan melibatkan 600 keluarga di Felda Neram 2 sekali gus menjadikan keseluruhan bantuan yang diagihkan adalah sebanyak 1,230 sejak Februari lalu,” katanya kepada pemberita di kawasan PKPD Mukim Bandi di sini.

Sementara itu, Mohd. Helmi Fakhzan berkata, walaupun berdepan PKPD tetapi pendapatan peneroka dijamin tidak terjejas kerana pihaknya sentiasa memastikan hasil tuaian kelapa sawit golongan berkenaan dapat dihantar ke kilang. 

Katanya, mana-mana keluarga yang tidak dikuarantin masih dapat bekerja seperti biasa di ladang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya