Zul Yahya cadang pesakit Covid-19 bergejala ringan dikuarantin di masjid -

Zul Yahya cadang pesakit Covid-19 bergejala ringan dikuarantin di masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PETALING JAYA: Disebabkan kes Covid-19 yang terus meningkat, bekas pelakon, Zul Yahya mencadangkan supaya pesakit Islam yang bergejala ringan dikuarantin di masjid.
Katanya, cara itu adalah lebih baik kerana mereka dapat hidupkan amalan di masjid 24 jam dan rumah Allah itu juga tidak sepi.
“Kenapa tidak digunakan peluang ini untuk hidupkan solat fardu di masjid-masjid, menjadi suasana yang sangat luar biasa seperti solat Jumaat
lebih banyak manfaat.
“Mungkin boleh menambah kebaikannya kepada mereka dan kita semua. Fungsi masjid itu sangat luas buat kita semua.
“Kita nak dapatkan bantuan Allah swt tapi rumah-rumah Allah tidak diimarahakan. Ada cara Allah swt bagi tapi kenapa tak diusahakan? Ujian ini adalah hikmah buat kita bukannya musibah,” katanya dalam catatan di Facebook.
Malah beliau turut menawarkan khidmat bersama rakan-rakannya untuk menguruskannya.
Katanya, cadangan itu pernah dikemukakan pada tahun lalu tetapi tidak ada pihak yang menyahutnya.
“Para ulama yang dimuliakan lagi dikasihi, para sahabat mohon panjangkan perkara ini,” katanya
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya