Tular video lelaki beri bayi minum arak - Utusan Malaysia

Tular video lelaki beri bayi minum arak

TANGKAP layar video seorang lelaki memberi minuman tin dipercayai arak kepada bayi yang tular di dalam media sosial sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Satu video yang memaparkan seorang lelaki memberi minuman tin dipercayai arak kepada seorang bayi tular dalam media sosial hari ini sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Video berdurasi 30 saat itu memaparkan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an sedang memangku bayi sambil menyuapkan minuman berkenaan yang tertera label jenama minuman keras.

Turut kedengaran di dalam video itu adalah suara wanita.

Insiden itu didakwa berlaku di sebuah flat di Teluk Bahang, Balik Pulau dekat sini, namun setakat ini tidak dapat disahkan kesahihannya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Anti Arak Murah Malaysia, David Marshel berkata, pihaknya membuat laporan polis di Perai di sini hari ini selepas melihat video tersebut.

“Laporan dibuat supaya pihak polis dapat membuat siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pelaku di bawah peruntukan undang-undang.

“Perbuatan terkutuk ini harus dihentikan dan bayi tersebut juga perlu dijauhkan daripada lelaki yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil tindakan segera bagi melakukan pemeriksaan dan membuat ujian darah terhadap bayi itu untuk memastikan dia tidak terdedah dengan kandungan alkohol.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.