KUALA LUMPUR: Set tren tiga gerabak pertama untuk projek LRT3 selamat tiba pada 19 Jun lalu dan kini berada di fasiliti pemasangan milik CRRC Rolling Stock Center (Malaysia) di Batu Gajah, Perak untuk kerja-kerja pemasangan bahagian dalaman tren.
Menurut Rapid KL, laluan LRT3 yang menghubungkan Johan Setia di Klang dengan Bandar Utama akan mempunyai 22 set tren tiga gerabak yang dibekalkan CRRC Corporation Limited, China.
Laluan sepanjang 37.6 kilometer itu dijadualkan untuk dibuka perkhidmatan pada Februari 2024.