Tajuddin selesai bayar kompaun langgar SOP - Utusan Malaysia

Tajuddin selesai bayar kompaun langgar SOP

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menjelaskan kompaun RM1,500 yang dikenakan ke atasnya ekoran melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, bayaran kompaun itu dibuat Tajuddin kira-kira pukul 3.30 petang di Pusat Komuniti Desa (PKD) Lembah Pantai di sini.

“Beliau telah selesaikan pembayaran kompaun hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Terdahulu, Pejabat Peguam Negara mengenakan tindakan kompaun terhadap Tajuddin kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tajuddin dikompaun kerana gagal memakai pelitup muka semasa sidang akhbar berkaitan insiden kemalangan tren di stesen transit aliran ringan (LRT) KLCC pada 25 Mei lalu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya