Sudah 413 hari Brunei catat sifar kes jangkitan Covid-19 - Utusan Malaysia

Sudah 413 hari Brunei catat sifar kes jangkitan Covid-19

PETUGAS kesihatan melakukan kerja-kerja sanitasi di dalam Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit di Bandar Seri Begawan, Brunei pada 17 Mac tahun lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR SERI BEGAWAN: Kementerian Kesihatan Brunei memaklumkan setakat ini, tiada kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan bagi tempoh 413 hari.

Menurut laporan Pelita Brunei, kes terakhir jangkitan tempatan dilaporkan pada 6 Mei tahun lalu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Brunei adalah 256 orang.

Dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 635 sampel ujian virus SARS-CoV-2 dilaksanakan dan ini membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 ialah sebanyak 138,402 ujian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.