Subsidi RM6 bilion petrol RON95, diesel; kawal harga minyak masak 5kg tidak lebih RM30 - Utusan Malaysia

Subsidi RM6 bilion petrol RON95, diesel; kawal harga minyak masak 5kg tidak lebih RM30

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan komited untuk membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dengan meneruskan dasar pengawalan harga barang perlu di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun harga komoditi di peringkat global meningkat, kerajaan akan terus mengekalkan harga runcit bagi petrol RON95, diesel dan LPG yang dijangka melibatkan subsidi melebihi RM6 bilion tahun ini.

Kata beliau, untuk menangani isu kenaikan harga minyak masak botol 1 kilogram hingga 5 kilogram, kerajaan akan melaksanakan program Harga Kawalan berasaskan nilai ambang Crude Palm Oil.

“Melalui program ini, sebagai contoh, harga minyak masak botol 5 kilogram dapat dikawal supaya tidak melebihi RM30 sebotol.

“Selain itu, dalam memastikan bekalan minyak masak pek polibeg 1 kilogram terjamin, kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion. Melalui tambahan peruntukan ini, rakyat masih dapat membeli minyak masak pek polibeg 1 kilogram pada harga bersubsidi RM2.50,” katanya dalam perutusan khas pengumuman bantuan itu, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN