Rapid KL saran penumpang jalani pemeriksaan - Utusan Malaysia

Rapid KL saran penumpang jalani pemeriksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rapid KL menyarankan penumpang yang menggunakan perkhidmatan MRT Laluan Kajang pada 27 Mei lalu dari Stesen MRT Bukit Bintang sekitar pukul 6.40 petang ke Stesen MRT Kajang untuk menjalani ujian saringan kesihatan.

Menurut kenyataan Rapid KL, hal demikian kerana salah seorang daripada penumpang terbabit mengaku positif Covid-19.

Rapid KL menerusi Facebook memetik pengakuan penumpang terbabit di Twitter yang memberitahu dia menaiki tren MRT ketika itu sebelum menyambung perjalanan ke Seremban menggunakan KTM Komuter pada pukul 7.26 malam.

Anyone who was in the MRT from station Bukit Bintang to Kajang 27th May (6.40pm) and KTM from Kajang to Seremban (7.26pm) if you have any symptoms of Covid-19 – pls get a swab test immediately because my swab test result positive. Im so sorry,” tulis penumpang tersebut dalam hantaran berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN