Berpaksikan kepada mantera ‘Berkhidmat Untuk Negara” dan “Saya Yang Menjalankan Amanah”, penjawat awam terus memberikan sumbangan yang signifikan dalam proses pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Peranan penjawat awam ini semakin terserlah sejak negara dilanda krisis kesihatan berpunca daripada ancaman pandemik Covid-19. Tatkala penjawat awam dalam kalangan barisan petugas hadapan bertungkus lumus merawat pesakit dan mengekang penularan wabak, kelompok lain pula terus memastikan sistem perkhidmatan dan pentadbiran kerajaan berfungsi dengan cekap…










