PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran termasuk pinjaman PTPTN.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pertama adalah memberikan moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjam-peminjam PTPTN.
“Kedua menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan di bawah JPA dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima Biasiswa Persekutuan sehingga enam bulan.
“Ketiga, menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah RM100 selama 12 bulan dan keempat, menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama tiga bulan,” katanya.










