fbpx

Pas ingatkan jangan terpedaya kerjasama dengan PH

RUSMAN KEMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pas Johor menasihati mana-mana pihak yang berhasrat untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan baharu agar tidak mudah terpedaya, sebaliknya meneruskan kerjasama dengan kerajaan sedia ada.

Ketua Penerangan Pas Johor, Rusman Kemin berkata, perkara itu selari dengan kehendak rakyat yang mahukan kerajaan dan perpaduan ketika ini terus diperkasa.

Menurutnya, wajah sebenar PH telah terserlah ketika mereka mentadbir negara ini dengan beberapa tindakan yang dilihat menekan rakyat.

“Berita baharu yang semakin kuat didengar ketika ini adalah nama Jajaran Harapan, yang kononnya PH bersama UMNO akan bergabung untuk membentuk kerajaan baharu.

“PH semua orang tahu siapa dia, jadi jangan buat silap kali kedua. Pas miliki pengalaman panjang bersama mereka (parti-parti) yang ada dalam PH. Jadi kami mahu berpesan agar jangan terpedaya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Rusman, ketika ini masyarakat telah kembali sedar bahawa konsep perpaduan ummah yang diperjuangkan Pas dan UMNO perlu dikembalikan.


“Rakyat seluruh negara bangkit kegirangan melihat Pas dan UMNO bekerjasama. Ramai pemimpin peringkat bawahan dan orang kebanyakan berkata, inilah yang selama ini mereka impikan.

“Perpaduan ummah adalah istilah yang dilihat bersifat islamik namun ianya sesuai bagi Malaysia di mana majoriti penduduknya Melayu dan beragama Islam,” ujarnya.

Ujar beliau, PH telah bercakaran sesama sendiri selepas memerintah hanya 22 bulan sebelum mereka rebah sekali gus menutup satu tragedi hitam dalam negara.

“Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kemudiannya keluar menyelamatkan diri bersama Pas dan UMNO lalu membentuk Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Negara dan rakyat kembali tenang walaupun keadaan masih gawat dengan Covid-19 yang belum berakhir,” katanya. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI