Mungkin tiada ibadah korban di masjid - Utusan Malaysia

Mungkin tiada ibadah korban di masjid

DRAMAN MUDA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kebanyakan masjid di negeri ini berkemungkinan besar tidak dapat menjalankan ibadah korban yang bakal disambut bulan depan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Wakaf Tembesu, Draman Muda berkata, hingga kini pihaknya masih belum menerima maklumat terkini sama ada ibadah itu boleh dilakukan atau tidak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pelaksanaan korban ditangguhkan buat tahun kedua berturut-turut berikutan faktor masa dan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

“Biasanya tiga bulan sebelumnya, pihak masjid sudah membuat persiapan mencari peserta dan mendapatkan sekurang-kurangnya 10 lembu.

“Tetapi seperti tahun lalu, kami mungkin tidak dapat mengadakan ibadah korban bagi mengelak masalah yang akan timbul,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Imam Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah di Dungun, Mohd. Kaswadi Abdul Rahman berkata, sehingga kini mereka masih mengambil pendekatan tunggu dan lihat SOP daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

“Pihak masjid belum berbincang atau membuat keputusan lagi, jika diikutkan pada tahun lalu ketika PKP Pemulihan (PKPP), kita tidak menganjurkan ibadah korban.

“Kita tengok dulu SOP terkini nanti, jika terlalu ketat mungkin kami tidak buat ibadah korban tahun ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN