MBJB tutup pejabat utama, kaunter bergerak 2 minggu

MBJB tutup pejabat utama, kaunter bergerak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menutup sementara pejabat utama di Menara MBJB dan pejabat-pejabat cawangan termasuk kaunter-kaunter bergerak bermula hari ini hingga 14 Jun atau selagi tempoh sekatan pergerakan penuh berkuat kuasa.

MBJB dalam kenyataan berkata, kesemua kaunter utama dan cawangan MBJB ditutup sementara kecuali perkhidmatan kaunter Jabatan Penguatkuasaan MBJB di Bangunan MBJB, Jalan Dato’ Onn, di sini.  

Katanya, bagi perkhidmatan suntikan typhoid, Klinik Bandaraya MBJB di Bangunan JOTIC akan beroperasi pada hari bekerja bermula 8 pagi hingga 1 petang sahaja.

“Selaras dengan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh, urusan berkaitan MBJB hendaklah dibuat secara atas talian melalui aplikasi e-Khidmat (johor.ekhidmat.my/ekhidmat/), Johor Online Payment dan e-MyVIS (maklumat pengalihan kenderaan) sepanjang tempoh ini. 

“Maklumat berkaitan perkara ini boleh didapati menerusi laman web dan media sosial rasmi MBJB,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Aduan awam MBJB boleh disalurkan ke Sistem Pengurusan Aduan Awam MBJB (SISPAA) atau menggunakan aplikasi i-Tegur dan aplikasi Respons Rakyat selain menggunakan aplikasi Whatsapp MBJB di talian 019-7788212. 

Katanya, manakala aduan Integriti boleh disalurkan melalui emel Unit Integriti MBJB [email protected] atau borang atas talian https://www.mbjb.gov.my/ms/borang-aduan-integriti-mbjb.

“Bilik Gerakan Covid-19 MBJB akan mula beroperasi pada hari ini dari 8 pagi hingga 9 malam. Sebarang pertanyaan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, notis tempoh had waktu operasi perniagaan atau aduan boleh disalurkan di talian 07-2282610 atau menghantar pesanan Whatsapp ke nombor 019-7788212. 

“Sebarang aduan atau pemakluman berkaitan kejadian bencana alam turut boleh disalurkan melalui Bilik Gerakan Covid-19 MBJB ini,” katanya. 

Katanya, kesemua taman-taman awam dan pusat rekreasi, premis-premis perniagaan, gerai dan kedai pejabat milik MBJB serta premis perniagaan serta pejabat lain dalam kawasan MBJB hendaklah ditutup.

Tambahnya, hanya pasar awam, gerai makan, restoran, kedai runcit, kedai serbaneka, bengkel, kedai cermin mata dan lain-lain perniagaan yang telah dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara sahaja dibenarkan beroperasi. 

“MBJB juga menangguhkan semua acara yang telah dijadualkan sehingga suatu tarikh yang akan diputuskan kemudian. Tiada permit kebenaran menggunakan kawasan atau premis MBJB bagi penganjuran program atau aktiviti akan dikeluarkan sepanjang tempoh ini.

“Selain itu, pihak yang telah membuat tempahan untuk menggunakan dewan milik MBJB dalam tempoh tersebut diarah untuk membatalkan penggunaan dewan serta merta,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya