Maqis tahan lemak babi sejuk beku lebih RM100,000 - Utusan Malaysia

Maqis tahan lemak babi sejuk beku lebih RM100,000

PRODUK makanan lemak babi sejuk beku bernilai RM111,626.41 dari Belgium yang ditahan Maqis selepas pengimport melakukan pengisytiharan yang mengelirukan di Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Sebuah kontena berisi lemak babi sejuk beku seberat 21,190 kilogram (kg) ditahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor di Pelabuhan Tanjung Pelepas, di sini kelmarin.

Pengarah Maqis Johor, Hizzuan Hasim berkata, barangan dagangan berkenaan ditahan pihaknya atas kesalahan melakukan pengisytiharan yang mengelirukan pihak berkuasa.

Menurut beliau, lemak babi sejuk beku bernilai RM111,626.41 itu dibawa masuk dari Belgium.

“Ketika pegawai penguat kuasa melakukan pemeriksaan rutin pada pukul 10.15 pagi, mereka mendapati sebuah kontena membawa lemak babi sejuk beku dari Belgium.

“Pemeriksaan lanjut mendapati alamat pengimport pada permit Maqis dan borang K1 berbeza dengan alamat pada Sijil Kesihatan Veterinar yang diikrarkan. Sehubungan itu kesemua barangan berkenaan dirampas untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Hizzuan, kes disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana melakukan pengisytiharan yang mengelirukan pihak berkuasa.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda tidak lebih RM75,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau turut menasihati semua pengimport dan pengeksport agar mengikut peraturan ditetapkan kerajaan bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan Malaysia terpelihara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.