Majlis Raja-Raja Ke-258 bersidang esok - Utusan Malaysia

Majlis Raja-Raja Ke-258 bersidang esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang ke-258 diadakan dua hari iaitu 30 Jun dan 1 Julai ini.

Persidangan itu sepatutnya diadakan pada 24 dan 25 Februari lalu namun ditunda susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika itu.

Menurut laman sesawang Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja membuat perjumpaan dengan Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja, semalam.

Ini disusuli dengan mesyuarat ‘Pre-Council’ sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang diadakan hari ini.

Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menerima menghadap Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Dr. Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara hari ini, bagi membincangkan mengenai pembukaan Parlimen.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-258 akan memulakan sidang hari pertamanya esok, disusuli dengan hari kedua pada 1 Julai ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN