fbpx

2 Ogos 2021, 8:16 pm

  TERKINI

Lukaku pamer ketajaman, benam Rusia

PENYERANG Sensasi Belgium, Romelu Lukaku melakukan rembatan untuk membuka tirai jaringan dalam aksi kumpulan B Euro 2020 menentang Rusia di Stadium Gazprom.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAINT PETERSBURG : Belgium tidak berdepan masalah untuk membuka kempen Euro 2020 dengan kemenangan apabila mudah membenam Rusia 3-0 dalam aksi kumpulan B di Stadium Gazprom, sebentar tadi.

Turun dengan reputasi pasukan di ranking No.1 dunia, Belgium hanya memerlukan 10 minit untuk merobek gawang Rusia menerusi ledakan penyerang sensasi mereka, Romelu Lukaku.

Lukaku meraikan jaringan tersebut dengan berlari menuju ke kamera sambil menjerit :” Chris, Chris, saya sayang anda,” katanya merujuk kepada rakan sepasukannya di Inter Milan, Christian Eriksen yang kini dirawat di hospital.

Gawang Rusia dibolosi buat kali kedua pada minit ke-34 dan kali ini hasil ledakan pertahanan Belgium, Thomas Meunier bagi memastikan skuad kendalian Roberto Martinez selesa mendahului 2-0 sebelum memasuki bilik persalinan.

Lukaku sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring untuk gol kedua peribadinya dan ketiga buat Belgium pada minit ke-89 menerusi rembatan kencang dalam kotak penalti.

Kemenangan itu meletakkan Belgium menerajui kumpulan B  dengan kelebihan jaringan di atas Finland yang berada di tangga kedua biarpun berkongsi mata sama.


Belgium akan meneruskan aksi kedua peringkat kumpulan  bertemu Denmark, Jumaat ini. –  AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI