Kes baharu Covid-19 Pahang turun 35 peratus - Utusan Malaysia

Kes baharu Covid-19 Pahang turun 35 peratus

BAHARI CHE AWANG NGAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pahang mencatatkan penuruan kes baharu Covid-19 sebanyak 35 peratus menjadikan jumlah positif hari ini 50 kes berbanding 77 semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Bahari Che Awang Ngah berkata, berdasarkan jumlah kes baharu yang didaftarkan itu, sebanyak 45 kes merupakan warganegara Malaysia manakala lima lagi kes melibatkan warganegara asing. 

Katanya, dengan itu jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negeri ini mencecah 12,080 kes.

 “Semua 50 kes baharu berkenaan dikategorikan sebagai jangkitan tempatan yang mana 25 kes diperoleh daripada saringan kluster, 20 saringan kontak rapat dan lima saringan bergejala.

“Lima daerah mencatatkan pertambahan kes baharu hari ini dan Kuantan menunjukkan daerah mempunyai kes tertinggi iaitu sebanyak 23 kes.

“Daerah lain, Temerloh 15 kes, Maran enam kes, Bera empat kes dan Cameron Highlands dua kes,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Dr. Bahari berkata, enam kluster di Kuantan, Temerloh dan Maran masih aktif mencatatkan pertambahan kes. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN