Kerajaan perlu jelaskan penjualan LTSAAS - Utusan Malaysia

Kerajaan perlu jelaskan penjualan LTSAAS

LTSAAS masih menjadi nadi kepada pengangkutan udara di negara ini. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Isu penjualan aset Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang perlu diberikan penjelasan kerajaan kerana menimbulkan reaksi kurang senang pelbagai pihak.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi berkata, penjualan aset-aset strategik negara seolah-olah suatu misi yang belum selesai sejak dari pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sehinggalah hari ini.

Beliau berkata, jika ia benar berlaku, adalah amat mengecewakan seolah-olah kerajaan langsung tidak memahami keperluan mengekalkan pegangan kerajaan kepada aset-aset sedia ada demi kepentingan rakyat dan negara.

“Apa alasan kerajaan untuk menjual LTSAAS? Adakah kerajaan tidak yakin dengan keupayaan MAHB yang begitu berpengalaman menguruskan bukan satu lapangan terbang tetapi lima lapangan terbang antarabangsa, 16 lapangan terbang domestik, 18 short-takeoff and landing (SOTLport) dan Lapangan Terbang Istanbul Sabiha Gokcen.

“Jadi dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki MAHB sebagai salah satu kumpulan pengusaha lapangan terbang terbesar di dunia, kami tidak nampak ada alasan yang kukuh untuk kerajaan menjual LTSAAS ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam hal itu, Mohamed Nizham berkata, niat penjualan LTSAAS itu dilihat berorientasikan kepentingan pihak swasta semata-mata yang bakal membuat keuntungan berbilion ringgit dengan pembangunan hartanah besar-besaran.

Katanya, LTSAAS mempunyai kedudukan yang amat strategik di Lembah klang dan merupakan antara tujuh lapangan terbang dalam negara yang menguntungkan dan keuntungan inilah yang digunakan sebagai cross-subsidy di dalam membiayai lapangan-lapangan terbang yang kurang menguntungkan.

“MAHB tidak akan mempunyai kekuatan untuk menguruskan keseluruhan lapangan terbang yang dimiliki secara efisien yang akhirnya memaksa mereka menutup lapangan-lapangan terbang yang tidak menguntungkan walaupun ia mempunyai keperluan memberi perkhidmatan kepada rakyat.

“Akhirnya yang rugi itu rakyat dan amat pelik jika kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak langsung mampu untuk memikirkan kesan buruk daripada penjualan LTSAAS ini,” katanya.

Justeru katanya, kerajaan wajib membenarkan MAHB melaksanakan pelan ‘Subang Airport Regeneration’ demi kepentingan negara dan rakyat.

Jelas beliau, tidak ada sebab untuk kerajaan PN meragui keupayaan MAHB yang sememangnya mempunyai rekod yang baik di dalam menguruskan LTAAS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya