Johor kekal barisan hadapan DAP untuk tangani Covid-19

Johor kekal barisan hadapan DAP untuk tangani Covid-19

LIOW CAI TUNG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: DAP memutuskan Johor kekal sebagai negeri barisan hadapan untuk parti itu menggerakkan usaha menangani krisis pandemik Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Publisiti Johor, Liow Cai Tung selepas bermesyuarat secara maya dengan semua ahli jawatankuasa negeri dan wakil rakyat DAP Johor serta Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng.

Cai Tung berkata, selaras dengan keputusan itu, barisan pimpinan dan akar umbi Johor telah diarahkan supaya bertungkus lumus membantu lebih ramai rakyat Johor menjalankan saringan dan menerima vaksin Covid-19 secepat mungkin. 

Katanya, bagi mencapai matlamat itu, DAP Johor juga telah menubuhkan pasukan bertindak iaitu ‘Pasukan Lawan Covid-19 DAP Johor’ yang diketuai Timbalan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching bagi mencari jalan menangani krisis Covid-19. 

“DAP Johor berpendapat bahawa saringan dan vaksinasi secara besar-besaran amat diperlukan supaya dapat memperbaiki keadaan gawat sekarang,” katanya dalam kenyataan selepas mesyuarat tersebut di sini hari ini.

Mesyuarat itu turut dihadiri Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Pengerusi Kebangsaan, Tan Kok Wai; Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Gobind Singh; Setiausaha Organisasi, Anthony Loke; Ketua Wanita, Chong Eng; dan Ketua Pemuda DAPSY, Howard Lee. 

Tambah Cai Tung, untuk rekod, Johor pernah menjadi negeri barisan hadapan untuk DAP dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebelum sekali lagi dipilih Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14. 

Chai Tung berkata, mesyuarat sama turut menyatakan sokongan kepada keputusan Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP pada 29 Mac lalu untuk menggunakan lambang PH pada PRU-15 akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN