Houlihan angkat bendera putih - Utusan Malaysia

Houlihan angkat bendera putih

Shelby Houlihan terpaksa melupakan hasrat untuk menyertai Sukan Olimpik selepas permohonan injuksinya gagal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pelari jarak sederhana, Shelby Houlihan mengangkat ‘bendera putih’ dalam usaha menyertai skaud olahraga Amerika Syarikat ke Sukan Olimpik selepas permintaan injuksi terhadap kes dopingnya gagal.

Atlet berusia 28 tahun yang memegang rekod acara 1,500m dan 5,000m dikenakan penggantungan empat tahun kerana diadapati positif bahan terlarang steroid, Disember lalu yang didakwa diperoleh daripada memakan burito yang tercemar.

Peguam Houlihan cuba mendapatkan perintah ijuksi kecemasan daripada Mahkamah Tribunal Switzerland bagi membolehkan dia menyertai sesi ujian bersama skuad olahraga kebangsaan memandangkan keputusan mahlamah timbang tara masih belum diperoleh.

Bagaimanapun, atlet berkenaan menyatakan permohonan injuksi itu telah ditolak dan bermakna dia tidak dapat menyertai ujian bersama skuad kebangsaan.

“Saya tidak pernah berniat untuk bertanding sekiranya injuksi ini tidak diperoleh.

“Keputusan ini bermakna impian saya untuk beraksi di Sukan Olimpik sudah berakhir. Perkara ini memang mengecewakan terutama melibatkan perkara yang tidak pernah saya lakukan,” katanya.-AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya