'Hari ini mana ada mesyuarat MT' - Utusan Malaysia

‘Hari ini mana ada mesyuarat MT’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sekeping surat bertajuk ‘Pelucutan Keahlian UMNO’ terhadap Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tular dalam media sosial petang tadi termasuk melalui aplikasi WhatsApp.

Surat yang ditandatangani Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu menerangkan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bersidang hari ini memutuskan bahawa Hishammuddin dilucutkan keahlian UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Ini dilakukan di bawah Fasal 10.6 Perlembagaan UMNO kerana tindakan Hishammuddin yang telah melanggar Fasal 20.8(a), (b), (c) dan (g) Perlembagaan UMNO.

Bagaimanapun Utusan Malaysia yang mendapatkan pengesahan daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mendapati, surat tersebut adalah palsu.

“Mana ada mesyuarat MT hari ini,” tegas beliau.

Nama Hishammuddin hangat diperkatakan hari ini apabila kononnya ada cubaan mendapatkan sokongan ahli Parlimen UMNO memberikan sokongan kepada Menteri Luar itu untuk dijadikan calon Timbalan Perdana Menteri.

Sementara itu, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Muhd. Sumali Reduan berkata, UMNO tidak mengadakan mesyuarat MT hari ini sekali gus menafikan surat yang tular tersebut.

“Fitnah berleluasa. Mesyuarat MT pun tiada hari ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya