Empat bot pukat tunda dikesan kerap ceroboh zon nelayan pantai - Utusan Malaysia

Empat bot pukat tunda dikesan kerap ceroboh zon nelayan pantai

CHE ANI MAT ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan ke atas empat bot pukat tunda yang berdaftar di Pulau Pinang kerana didakwa kerap menceroboh zon tangkapan ikan nelayan pantai di Teluk Bahang di negeri itu.

Pengerusi Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (Jaring), Che Ani Mat Zain berkata, bot-bot tersebut dikesan melakukan kesalahan itu pada waktu malam.

“Salah sebuah bot pukat tunda didakwa melakukan banyak kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 tetapi masih lagi bebas beroperasi. Ia juga dikenali sebagai ‘bot kebal’ dalam kalangan nelayan pantai di situ,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, hanya dalam tempoh seminggu, terdapat empat pencerobohan bot pukat tunda di kawasan Teluk Bahang melibatkan empat bot berkenaan.

“Jaring amat bimbang jika keadaan ini berterusan ia akan merosakkan laut dan menjejaskan pendapatan nelayan pantai Zon A,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Jabatan Perikanan supaya mengambil tindakan tegas terhadap bot-bot yang didapati melakukan pencerobohan.

“Tindakan tegas termasuk melucutkan lesen bagi bot pukat tunda yang melakukan banyak kesalahan juga perlu dilakukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN