DUN Negeri Sembilan juga bersidang Ogos  - Utusan Malaysia

DUN Negeri Sembilan juga bersidang Ogos 

AMINUDDIN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka diadakan pada minggu pertama Ogos ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perkara itu telah diperkenan  Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir semalam.

Sehubungan itu, katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) hari ini mencadangkan sidang DUN dan perasmiannya diadakan pada minggu pertama Ogos ini.

“Unit DUN  telah diminta membuat semua tanggungjawab mereka, untuk menghantar notis dan warta bagi memastikan bahawa sidang DUN dapat dijalankan.

“Saya telah menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan semalam dan baginda juga telah memberi perkenan,” katanya dalam sidang akhbar secara dalam talian selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco hari ini.

Sebelum ini, Aminuddin berkata, kerajaan negeri bersedia mengadakan persidangan DUN dengan seberapa segera, tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Yang di-Pertuan Agong.

Ia selepas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Zainal Syed Ahmad menerusi kenyataan media yang dikeluarkan dengan perkenan Raja-Raja Melayu memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menitahkan agar Parlimen segera bersidang.

Di peringkat negeri pula, Raja-Raja pemerintah turut berpendirian agar Dewan-dewan Undangan Negeri dibolehkan bersidang secepat mungkin.

DUN Negeri Sembilan kali terakhir bersidang adalah pada 3 Disember 2020, berdasarkan Peraturan IV Perintah 2, Peraturan-peraturan Tetap dan Perintah-perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Sembilan Tahun 1960, tarikh persidangan selanjutnya hendaklah diadakan tidak lebih enam enam bulan dari tarikh 3 Disember 2020 iaitu jatuh pada 2 Jun 2021. 

Bagaimanapun, tempoh enam bulan itu terhenti melalui proklamasi darurat dan tempoh enam bulan akan berjalan semula sejurus selepas 1 Ogos 2021 (sekiranya darurat tidak disambung lagi). – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya