KUALA LUMPUR: Presiden Penaja Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggalkan Istana Negara pada pukul 3 petang selepas sejam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau yang menaiki kereta Proton X70 dilihat terus berlalu melalui Pintu 2 disaksikan lebih 30 petugas media tempatan dan antarabangsa serta pihak polis.
Dr. Mahathir tidak membuat sidang media berkenaan hasil pertemuan beliau bersama Seri Paduka.
Bagaimanapun, pejabat Tun Dr. Mahathir memaklumkan, beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi secara dalam talian melalui aplikasi Zoom dan disiarkan secara langsung di Facebooknya pada pukul 4.30 petang ini.