Dr. Mahathir minta Agong campur tangan selesai masalah rakyat

Dr. Mahathir hantar surat minta Agong campur tangan selesai masalah rakyat

DR. MAHATHIR ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Eksekutif Pejuang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan beliau telah menulis surat secara peribadi kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 31 Mei lalu.

Katanya, surat itu bertujuan untuk meminta perkenan Seri Paduka untuk campur tangan dalam menangani masalah yang dihadapi rakyat ketika ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, Seri Paduka belum membalas surat tersebut.

“Kita percaya bahawa Raja adalah pelindung dan payung kepada rakyat. Jadi, apabila rakyat kecewa sebab mereka tidak mendapat perhatian daripada kerajaan, mereka mengharapkan Agong untuk menyelesaikan masalah mereka.

“Kalau bukan Agong dan kerajaan, siapa lagi (untuk rakyat mengharapkan bantuan)?” katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Eksekutif Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Beliau berkata demikian mengulas mengenai situasi terkini pada ketika negara masih dalam proklamasi darurat dan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN