Cubaan pasangan kekasih tipu anggota polis gagal - Utusan Malaysia

Cubaan pasangan kekasih tipu anggota polis gagal

AHMAD RIDHWAN MOHD. NOR@SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Cubaan sepasang kekasih menipu anggota polis Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dengan seorang daripada mereka menyamar sebagai pegawai pasukan keselamatan itu pada 4 Jun lalu, gagal selepas tidak dapat menjawab soalan ditanyakan kepadanya. 

Ketua Polis Daerah, Superitenden Ahmad Ridhwan Mohd. Nor@Saleh berkata, kejadian kira-kira pukul 6 petang itu berlaku apabila pasangan tersebut hadir ke IPD Kuala Langat untuk membuat laporan polis mengenai kes menggunakan duit modal perniagaan tanpa izin rakan perniagaan suspek utama. 

“Semasa mereka membuat laporan polis, suspek utama iaitu seorang lelaki memperkenal dirinya sebagai pegawai kanan yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Suspek tmemaklumkan nombor badan keanggotaan polisnya bagi menyakinkan anggota yang sedang mengambil laporan aduan mereka,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Kuala Langat, di sini, hari ini. 

Mendengar penjelasan suspek, menurutnya, anggota iaitu pegawai penyiasat bertanyakan kepada suspek sama ada mengenali ketua polis Kuala Langat yang baharu, memandangkan beliau juga bertugas dalam jabatan sama di IPK Kuala Lumpur sebelum ini. 

Ahmad Ridhwan berkata, raut muka suspek berumur 34 tahun terbabit berubah kerana tidak dapat menjawab soalan berkenaan. 

“Berikutan itu anggota bertugas menahan suspek bersama teman wanitanya yang berumur 39 tahun. 

“Mereka hadir ke balai kerana membuat laporan polis berhubung kes penggunaan wang modal perniagaan tanpa izin yang dilakukan rakan suspek utama. 

“Rakan suspek dipercayai menggunakan wang kira-kira RM5, 000 untuk mengubah suai sebuah pusat latihan yang terletak di Kuala Langat,” katanya. 

Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya