Bom lama jenis Artillery Shell ditemukan dalam kebun pisang - Utusan Malaysia

Bom lama jenis Artillery Shell ditemukan dalam kebun pisang

BOM jenis Artillery Shell 105 millimeter yang ditemukan seorang pekerja ladang ketika membersihkan kebun pisang di Felda Taib Andak, Kulai di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seorang pekerja ladang terkejut apabila menemukan sebutir bom ketika sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan kebun pisang di Felda Taib Andak, di sini petang semalam.

Susulan penemuan itu, Unit Pemusnahan Bom (UPB) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama UPB Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai ke lokasi dan mendapati terdapat sebutir bom jenis Artillery Shell 105 millimeter di kebun pisang itu.

Polis Johor dalam satu kenyataan berkata, pasukan UPB terlebih dahulu membuat pengosongan di kawasan serta menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada bom lain ditemukan di kawasan itu.

“Pihak UPB telah menjalankan pembersihan keselamatan di sekitar bom itu ditemukan bagi memastikan tiada objek lain sebelum tindakan pemusnahan dilakukan.

“Tindakan pemusnahan kemudian dijalankan dengan menggunakan teknik high order melalui kaedah elektrik.

“Pemusnahan dijalankan dengan jayanya pada pukul 3.20 petang tanpa sebarang ancaman nyawa dan kerosakan harta benda,” katanya di sini hari ini.

Polis menyeru orang ramai sekiranya menemukan objek yang mencurigakan atau dipercayai bom, agar melapor segera kepada mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan dan siasatan lanjut.

“Diingatkan juga supaya jangan diusik, dialih atau digerakkan objek tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya