Bantuan one-off RM3,000 kepada 5,300 agensi pelancongan berdaftar - Utusan Malaysia

Bantuan one-off RM3,000 kepada 5,300 agensi pelancongan berdaftar

SEKTOR pelancongan merupakan antara segmen yang sangat terjejas dalam tempoh pandemik Covid-19 ini. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menyediakan bantuan one-off sebanyak RM3,000 kepada lebih 5,300 agensi pelancongan berdaftar sebagai pendorong apabila negara beralih ke fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) kelak.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sektor pelancongan merupakan antara segmen yang sangat terjejas dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.

Kata beliau, kerajaan juga bersetuju untuk menangguhkan pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan kepada syarikat dan mengecualikan cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan kepada pengendali hotel sehingga akhir tahun ini.

“Seterusnya, apabila negara beralih ke fasa keempat PPN, kerajaan akan mempertimbang peruntukan sewajarnya untuk memulih dan mempergiatkan semula aktiviti pelancongan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN