Azhan Rani, kaulah puncanya! - Shahrulezad - Utusan Malaysia

Azhan Rani, kaulah puncanya! – Shahrulezad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohammedin, menganggap tarikh hari ini sebagai satu sejarah dalam hidupnya sinonim dengan hari pertama drama tersebut ditayangkan di kaca televisyen seluruh Malaysia pada Jun 2018.

Menurutnya yang turut dikenali dengan panggilan budak ijat, dia tidak pernah terfikir drama ini juga mampu mencatatkan trending nombor satu dunia namun berbangga kerana ia menjadi satu daripada pencapaian terbaik dalam hidupnya.

“Terima kasih pada makcik-makcik bawang kesayangan saya sekalian. Tanpa sokongan kalian sudah tentu drama Nur tak akan berada di tempat itu.

“Cukuplah merasa sekali seumur hidup. Saya tak perlu pertahankan apa-apa lagi. Lepas ini, kalau drama saya tak meletop dan sehebat drama ini pun saya dah syukur sangat sebab sudah pernah merasa orang kata.

“Mati pun kubur tak berasap,haha,” selorohnya.

Shahrulezad berkata demikian dalam satu perkongsian di Instagramnya hari ini sempena tarikh signifikan tayangan perdana drama Nur empat tahun lalu.

Selain itu, Shahrulezad dalam perkongsian yang sama turut berterima kasih kepada pelakon Azhan Rani kerana menjadi punca drama ini mendapat perhatian dan popular di kalangan peminatnya.

“Terima kasih Azhan Rani yang menjadi punca kebencian dan bahan orang membawang. Kulah puncanya!

“Untuk barisan pelakon lain, tentulah Azhan tak akan jadi hebat tanpa sokongan dari anda semua yang lagi hebat! Rindu dengan semua pelakon drama ini. Sebuah keluarga yang hebat. Rindu anda semua,”katanya.

Terdahulu, menerusi informasi yang dikongsikan oleh Shahrulezad, berdasarkan sumber Nielson 2018, drama Nur telah mencatat jumlah tontonan 11 juta selama 19 episod tayangan.

Drama tersebut juga mengungguli slot 10 malam di seluruh Malaysia selain menguasai media sosial dengan menjadi trending nombor satu di seluruh negara dan dunia selain menerima lebih daripada 500,000 tontonan dalam masa sebulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya