Armada sambut baik insentif moratorium, pengeluaran KWSP - Utusan Malaysia

Armada sambut baik insentif moratorium, pengeluaran KWSP

WAN AHMAD FAYSHAL WAN AHMAD KAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pakej moratorium automatik sehingga hujung tahun dan pengeluaran simpanan KWSP disambut baik Armada Bersatu Malaysia.

Ketuanya, Wan Fayshal Wan Ahmad Kamal berkata, langkah tersebut amat perlu bagi mengekalkan kecairan dalam ekonomi, memelihara asas ekonomi daripada risiko keruntuhan  dan membuat persediaan memacu fasa pemulihan apabila ekonomi dibuka secara beransur-ansur.

“Armada Bersatu Malaysia menyambut baik pengumuman pakej Pemulih diumumkan Perdana Menteri, an Sri Muhyiddin Yassin.

“Armada amat bersyukur kerana dua isu yang diangkat kepada Kerajaan Malaysia telah diterima baik dan diintegrasikan sebagai sebahagian daripada pakej ini iaitu moratorium automatik sehingga hujung tahun serta pengeluaran simpanan KWSP untuk mereka yang layak, ” katanya dalam satu kenyataan.

Tan Sri Muhyiddin mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) bernilai RM150 bilion, bertujuan memberi bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam berdepan penularan wabak Covid-19.

Perdana Menteri ketika membentangkan Pemulih berkata, pakej itu merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.

Pemulih menumpukan kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.

Walaupun dalam ruang fiskal yang amat terhad, Muhyiddin menegaskan, kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus komited dalam mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu, Wan Fayshal turut berkata , bagi menyokong Pemulih, rangkaian Armada di seluruh Malaysia bersedia memainkan peranan melalui program #ArmadaPrihatin untuk membantu rakyat khususnya peniaga kecil-kecilan dan perusahaan kecil dan sederhana mikro (PKS mikro) untuk mendapatkan manfaat daripada program-program yang ditawarkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN